Wednesday 15 August 2012

Dana Huffaz untuk Huffaz



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memperkenalkan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH). Skim ini bertujuan untuk membantu para huffaz melanjutkan pengajian.

Skim ini akan diberikan kepada para huffaz yang ingin melanjutkan pengajian mereka sama ada di peringkat PHD, Sarjana, Ijazah dan Diploma lanjutan di Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau Luar Negara. Skim ini terbuka kepada semua penghafaz al-Quran yang telah menerima tawaran belajar serta memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk tujuan melanjutkan pengajian. 

Antara objektif SPH ini diwujudkan ialah bagi memartabatkan serta menarik minat masyarakat dalam bidang pengajian al-Quran, membantu menjana modal insan dari kalangan penghafaz al-Quran serta membantu golongan penghafaz al-Quran bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Berita gembira ini diumumkan Y.B. Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika merasmikan Istiadat Konvokesyen Darul Quran kali ke 21 pada 7 Julai 2012 lalu. 

Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) diperkenalkan dalam usaha memperkasakan para huffaz serta memberi peluang kepada mereka mempunyai penyelidikan dalam bidang al-Quran. SPH ini juga adalah salah satu usaha kerajaan untuk mengangkat golongan huffaz di negara ini. Y.B. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika sidang media selepas majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran Kali Ke-21. 

14

 Foto: Muktasyaf Ibrahim AnNamir.


TAWARAN SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ SESI 2012/2013

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa warganegara Malaysia yang telah ditawarkan untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah pertama di universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan di dalam dan luar negara untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz bagi mengikuti pengajian sepenuh masa / pengajian jarak jauh sesi pengajian 2012/2013.
1.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.1 SYARAT-SYARAT UMUM
  1. Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
  2. Berumur tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda; dan
  3. Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  4. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi; dan
    1. Mempunyai Kelayakan akademik seperti jadual ; dan
    BIL
    KELAYAKAN
    SYARAT MINIMUM AKADEMIK
    PERINGKAT
    PENGAJIAN
    1
    SPM
    5 Kepujian atau yang setaraf
    Ijazah Pertama
    2
    STAM
    Pangkat Jayyid Jiddan
    Ijazah Pertama
    3
    STPM
    PNGK 2.0, mendapat Prinsipal B bagi (Syariah/Usuluddin dan Bahasa Arab)
    Ijazah Pertama








    vi. Tempoh tawaran SPH kepada calon-calon yang berjaya adalah selama 3-4 tahun atau mengikut tawaran sebenar oleh institusi pengajian.
    vii. Garis panduan SPH. Klik di sini
    viii. Bagi pelajar yang berada di tahun 2 dan ke atas hendaklah mendapat sekurang-kurangnya PNG/PNGK 2.70.

      1.3       SYARAT-SYARAT KHUSUS
      Telah menghafaz al-Quran (30 juzu’) dan memiliki sama ada: 
      BIL
      KELAYAKAN
      SYARAT MINIMA
      (PNGK)
      PERINGKAT PENGAJIAN
      1
      Diploma Tahfiz al-Quran Jakim/ yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
      2.70
      Semua peringkat pengajian
      2
      Sijil Tahfiz al-Quran Jakim; atau
      3.0
      Semua peringkat pengajian
      3
      Sijil Tahfiz Malaysia
      3.0
      Semua peringkat pengajian









      2.0 BIDANG YANG DITAJA 
      2.1.        Pengajian Islam. (yang diiktiraf oleh kerajaan)
      3.0 KADAR PEMBIAYAAN
      Kadar yang disediakan adalah berdasarkan kadar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
      4.0 TARIKH TUTUP PERMOHONAN
      Tarikh tutup permohonan pada 7 September 2012.
      5.0 CARA MEMOHON
      Borang permohonan boleh dibuat di laman web JAKIM (www.islam.gov.my) atau Darul Quran (www.darulquran.gov.my). Pemohon dikehendaki mengisi borang secara online seterusnya memuat turun borang yang telah lengkap diisi dan dibawa bersama semasa temuduga beserta salinan dokumen berkaitan.
      Klik Disini untuk Permohonan Secara Atas Talian.

      Sebarang pertanyaan sila hubungi;
      Unit Skim Pembiayaan Hafiz (SPH)
      Darul Quran,
      Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
      Jalan Hamzah Ampang Pecah,
      44000 Kuala Kubu Bharu,
      Selangor Darul Ehsan.
      Tel: 03-6063 5333 Faks: 03-6064 5497

      0 comments:

      Post a Comment