Wednesday 12 December 2012

Profesor Dr. Asma Ismail NaIb Canselor USIM


Profesor Dr. Asma Ismail NaIb Canselor USIM



 


KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan pelantikan Profesor Dr. Asma Ismail sebagai Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baru.
Pelantikan Asma, 54, menggantikan Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 30 November 2012.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataan berkata, pelantikan itu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Disember 2012 hingga 30 November 2015.
"Pemilihan Asma berasaskan kriteria yang ditetapkan oleh kementerian mengambil kira pengalaman akademik, penyelidikan serta pentadbirannya sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Malaysia (USM) disamping kepakaran beliau dalam bidang sains dan inovasi," katanya.
Asma yang dilahirkan pada 15 Jun 1958 dan berasal dari Jitra, Kedah merupakan wanita pertama memegang jawatan tersebut di USM.
Sebagai seorang saintis, beliau telah diberi pengiktirafan sebagai Fellow oleh Academy of Sciences For The Developing World pada 2010.
Mohamed Khaled turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Muhamad yang menerajui USIM sejak Disember 2009.
Sumber: Utusan Malaysia



News image

http://www.usim.edu.my/usimweb/index.php?option=com_content&view=article&id=675:profesor-dr-asma-ismail-naib-canselor-usim&catid=42:buletin-pentadbiran&Itemid=462

0 comments:

Post a Comment