Saturday 16 June 2012

Wacana ilmu bersama Ustaz Zulfiqar

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada tanggal 14 hb Jun 2012, hari khamis, Setelah hampir seminggu pelajar program Ijazah Pengajian Quran dan Sunnah menjalani beberapa paper untuk peperiksaan akhir semester, Satu Program ceramah bertajuk "Pembentukan manusia Holistik melalui Surah Al-Kahfi" telah dilaksanakan. Program ceramah selama 2 jam itu dilangsungkan di Dewan Auditorium Syeikh Mohammad Noor. Pihak Perwakilan Permas menjemput Penceramah Jemputan yang tidak asing lagi di kalangan mahasiswa ijazah semester 4, iaitu al-fadhil Ustaz Ahmad Zulfiqar Shah bin Abdul Hadi, merangkap Pensyarah Ijazah bagi pelajar Semester 4.

 Ustaz Zulfiqar dikenali ramai dan agak popular dikalangan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Program pertama PERMAS sesi 2011/2012 ini barangkali menemukan buat pertama kalinya seorang perceramah hebat dari UPSI Tanjung Malim,  kepada Pelajar Diploma dan Persijilan di Darul Quran. Sambutan pada malam itu agak menggalakkan sehingga memenuhi setiap ruang auditorium daripada bawah sehingga ke tingkat atas.

Antara isi ceramah yang dikupas lanjut daripada Ustaz Zulfiqar, antaranya mengenai pemahaman tafsir dan ayat dalam surah al-kahfi, kisah-kisah mengenainya, dan kaitannya dengan kehidupan manusia pada hari ini. Ceramah diselitkan dengan humor spontan Ustaz Zulfiqar menyebabkan penonton tak kering gusi menahan ketawa menggamatkan suasana di dewan auditorium.

Pihak Perwakilan permas mengharapkan program ilmiah seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dengan objektif dan tema yang lebih menarik, sesuai dengan keperluan huffaz dalam menghadapi arus moden.

Sekian.




0 comments:

Post a Comment