Saturday 2 June 2012

Lawatan ke TV-ALHIJRAH

Assalamualaikum

Alhamdulillah, bertarikh 12 Mei 2012 (Sabtu), mahasiswa dan mahasiswi Semester4  Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah, USIM DQ telah mengadakan satu lawatan ilmiah ke TV-Al-Hijrah. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengenali dan mengetahui dengan lebih mendalam  Tv Al-Hijrah khususnya mengenai rancangan Isu Akidah. Selain itu, lawatan ini diadakan adalah bagi memenuhi carry mark subjek Sunnah, Bid'ah dan Khurafat. Kami tiba di Tv Al-Hijrah sekitar jam 9 pagi dan ketibaan kami disambut mesra oleh crew Isu Akidah. Kami di bawa ke bilik mesyuarat untuk sesi penerangan mengenai Tv Al-Hijrah dan latar belakang pembikinan slot rancangan Isu Akidah. Rancangan ini sebelum ini dikenali dengan Misteri Alam Melayu akan tetapi ditukar namanya bila mana melihatkan terdapat banyak masalah akidah yang makin  berleluasa di Malaysia pada masa ini. Melalui rancangan ini, banyak pendedahan mengenai penyelewangan akidah yang dapat disampaikan kepada masyarakat antaranya mengenai isu Qadiyani dan amalan bid'ah di Malaysia. Apa yang dipertontonkan kepada umum, itulah realiti masyarakat masa kini. Kami dibawa ke konti rakaman untuk sesi fotografi seterusnya diadakan sedikit sesi pemberian cenderahati penghargaan kepada crew Tv Al-Hijrah. 

Terima kasih diucapkan kepada pihak Tv Al-Hijrah kerana sudi menerima kunjungan kami ke sana. Moga usaha kalian untuk berdakwah melalui medium ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Terima kasih juga buat pensyarah subjek Sunnah, Bid'ah dan Khurafat, Us Hasbi dan Us Shahrulkarnain kerana  sudi meluangkan masa untuk bersama kami di Tv Al-Hijrah. Buat sahabat2, terima kasih untuk kerjasama yang telah kalian berikan sepanjang lawatan ini. 


KAMI DEDAH DEMI AKIDAH!

disediakan oleh,
Setiausaha PERMAS USIM DQ




4 comments:

  1. salam. ana pelajar dari Usim, nilai. pihak kami telah merancang ntuk mengadakan lawatan ke tv alhijrah juga. jika pihak saudara/ i sudi membantu kami, kami ingin mengetahui prosedur untuk buat lawatan ke sana dan nom yang boleh dihubungi. semoga Allah permudahkan. syukran kathir. saudara/ i boleh reply ke email ana, cucuatokbaik@gmail.com

    ReplyDelete
  2. salam. ana pelajar dari MARSAH, Johor. Pihak kami telah merancang untuk mengadakan lawatan ke tv alhijrah juga. Jika pihak saudara/ i sudi membantu kami, kami ingin mengetahui prosedur untuk buat lawatan ke sana dan nom yang boleh dihubungi. semoga Allah permudahkan. syukran kathir. saudara/ i boleh reply ke email ana, aimaniman69@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya pelajar dari mrsm tun dr ismail, pontian. Saya bercadang untuk mengadakan lawatan ke stesen tv al hijrah. Saya ingin memohon jasa baik pihak saudara/ saudari untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana prosedur sebelum pergi ke sana. Semoga saudara/ saudari dapat memberi panduan kepada saya. Saudara / saudari boleh emelkan kepada saya, zirahamid@ yahoo.com.

    ReplyDelete
  4. Salam. Saya pelajar dari mrsm tun dr ismail, pontian. Saya bercadang untuk mengadakan lawatan ke stesen tv al hijrah. Saya ingin memohon jasa baik pihak saudara/ saudari untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana prosedur sebelum pergi ke sana. Semoga saudara/ saudari dapat memberi panduan kepada saya. Saudara / saudari boleh emelkan kepada saya, zirahamid@ yahoo.com.

    ReplyDelete